Pada 13 November, saksi
memberitahu The Times bahawa ramai penduduk awam mengalami kecederaan parah
berikutan dua serangan fosforus. Rusia mula menggunakan kimia jenis fosforus
putih terhadap penduduk awam di Syria
di bahagian barat daya negara tersebut dengan alasan menentang kumpulan militan
Negara Islam (IS). Cecair kimia fosforus putih itu digunakan oleh tentera Rusia
ketika seragan tersebut.
Senjata kimia berbahaya itu
diharamkan dalam Konvensyen Geneva kerana ia mengandungi toksik dan boleh
menyebabkan daging dan tulang manusia terbakar. Jika terkena bahan kimia
tersebut boleh menyebabkan kegagalan jantung, hati dan buah pinggang juga boleh
mengakibatkan kematian.
Gambar yang dikongsikan di
Twitter itu menunjukkan langit dihujani dengan bahan kimia berbahaya itu di ibu
kota tempat
yang turut dihuni IS di Raqqa.
"Untuk melindungi presiden Syria, serangan udara Rusia menggunakan
bom fosforus terhadap Raqqa,
"Kami tahu ia adalah fosforus kerana langit bercahaya dan
mengeluarkan api."
Pertubuhan hak asasi manusia
mendakwa serangan udara tentera Rusia itu telah mengorbankan ramai penduduk
awam berbanding militan.
Menurut media tempatan, Presiden
Bashar al-Assad berkata beliau akan berjuang untuk keganasan dalam semua bentuk
kerana Syria
dan sekutunya yakin dapat menghapuskan pengganas sebagai langkah utama dalam
membawa kestabilan kepada seluruh dunia.
Rusia berkata serangan itu
menyasarkan lokasi IS dan pengganas lain, tetapi pegawai kerajaan Barat dan
pemberontak Syria mengatakan
serangan itu tertumpu di kawasan tengah dan utara Syria yang mana IS tidak berada di
situ.
Sementara itu, Presiden Rusia
Vladimir Putin dijangka bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama
dalam persidangan perubahan iklim di Paris
dan akan turut mengadakan pertemuan selama 30 minit di persidangan berkenaan. Menurut jurucakap Kremlin, mereka
akan membincangkan konflik berterusan yang berlaku di Syria dan Ukraine .
Ketika mengulas serangan Rusia
itu, Obama menegaskan bahawa kepentingan Rusia menyerang militan IS di Syria
adalah sebahagian dari kempen pengeboman dan tidak memfokuskan serangan militan
terhadap kumpulan pemberontak yang menentang Presiden Syria , Bashar
al-Assad. Beliau juga melahirkan rasa sedih terhadap juruterbang Rusia Oleg
Peshkov yang pesawatnya ditembak jatuh di sempadan Syria dengan bom misil milik Turki.
Walau bagaimanapun Obama tidak
pula bersimpati dengan Turki rakan sekutu Amerika Syarikat dan NATO yang
berhempas pula menjadi penampan kepada mereka.
Kesian Turki, Amerika Syarikat licik
berdiplomasi. Turki mesti buktikan bahawa ia tidak menurut telunjuk Amerika
Syarikat.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan