Selasa, 1 Disember 2015

RUSIA GUNA KIMIA FOSFORUS PUTIH DI SYRIA

Pada 13 November, saksi memberitahu The Times bahawa ramai penduduk awam mengalami kecederaan parah berikutan dua serangan fosforus. Rusia mula menggunakan kimia jenis fosforus putih terhadap penduduk awam di Syria di bahagian barat daya negara tersebut dengan alasan menentang kumpulan militan Negara Islam (IS). Cecair kimia fosforus putih itu digunakan oleh tentera Rusia ketika seragan tersebut.

Senjata kimia berbahaya itu diharamkan dalam Konvensyen Geneva kerana ia mengandungi toksik dan boleh menyebabkan daging dan tulang manusia terbakar. Jika terkena bahan kimia tersebut boleh menyebabkan kegagalan jantung, hati dan buah pinggang juga boleh mengakibatkan kematian.

Gambar yang dikongsikan di Twitter itu menunjukkan langit dihujani dengan bahan kimia berbahaya itu di ibu kota tempat yang turut dihuni IS di Raqqa.

"Untuk melindungi presiden Syria, serangan udara Rusia menggunakan bom fosforus terhadap Raqqa,
"Kami tahu ia adalah fosforus kerana langit bercahaya dan mengeluarkan api."

Pertubuhan hak asasi manusia mendakwa serangan udara tentera Rusia itu telah mengorbankan ramai penduduk awam berbanding militan.

Menurut media tempatan, Presiden Bashar al-Assad berkata beliau akan berjuang untuk keganasan dalam semua bentuk kerana Syria dan sekutunya yakin dapat menghapuskan pengganas sebagai langkah utama dalam membawa kestabilan kepada seluruh dunia.

Rusia berkata serangan itu menyasarkan lokasi IS dan pengganas lain, tetapi pegawai kerajaan Barat dan pemberontak Syria mengatakan serangan itu tertumpu di kawasan tengah dan utara Syria yang mana IS tidak berada di situ.

Sementara itu, Presiden Rusia Vladimir Putin dijangka bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dalam persidangan perubahan iklim di Paris dan akan turut mengadakan pertemuan selama 30 minit di persidangan berkenaan. Menurut jurucakap Kremlin, mereka akan membincangkan konflik berterusan yang berlaku di Syria dan Ukraine.

Ketika mengulas serangan Rusia itu, Obama menegaskan bahawa kepentingan Rusia menyerang militan IS di Syria adalah sebahagian dari kempen pengeboman dan tidak memfokuskan serangan militan terhadap kumpulan pemberontak yang menentang Presiden Syria, Bashar al-Assad. Beliau juga melahirkan rasa sedih terhadap juruterbang Rusia Oleg Peshkov yang pesawatnya ditembak jatuh di sempadan Syria dengan bom misil milik Turki.

Walau bagaimanapun Obama tidak pula bersimpati dengan Turki rakan sekutu Amerika Syarikat dan NATO yang berhempas pula menjadi penampan kepada mereka.

Kesian Turki, Amerika Syarikat licik berdiplomasi. Turki mesti buktikan bahawa ia tidak menurut telunjuk Amerika Syarikat.









Selasa, 24 November 2015

BURUNG BEBAS TERBANG



Burung-burung bebas terbang di angkasa raya. mereka bebas terbang ke mana sahaja yang penting ada tujuan kehidupan mereka. Tiada kongkongan, sekatan dan merdeka hidupnya. Hiduplah seperti burung menurut ketentuan Tuhannya.







Catatan Popular